Categories
AGENDA NASIONAL

Sambutan Thaipusam tidak dibatal

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Jawatankuasa Kuil Sri Mahamariamman Batu Caves menafikan laporan yang tular di media sosial kononnya sambutan Thaipusam di Baru Caves pada 8 Februari ini ditangguh bagi mengelak penyebaran virus koronavirus 2019.

Pengerusinya, Tan Sri R. Nadrajah berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo telah mengumunkan sambutan Thaipusam akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

“Maka jangan berkongsi berita palsu Thaipusam akan dibatalkan… jika berita palsu ini berterusan kami akan membuat laporan polis,” katanya pada sidang media mengenai sambutan Thaipusam di sini semalam.

Sehubungan itu pihak jawatankuasa kuil menasihati penganut serta pengunjung supaya mengambil langkah pencegahan awal dengan mengutamakan kebersihan diri serta memakai penutup hidung dan mulut bagi mengelakkan penularan virus itu.

Sambutan di Batu Caves dijangka menerima kunjungan 15,000 penganut serta pelawat dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Polis Arifai Tarawe berkata polis akan menempatkan anggota yang mencukupi untuk memastikan sambutan di Batu Caves berjalan lancar.

“Kami mahu memastikan suasana perayaan Thaipusam aman tanpa sebarang kejadiantidak diingini. Oleh itu, semua pengunjung dinasihati mematuhi peraturan serta arahan lalu-lintas oleh anggota yang bertugas,” katanya.

– BERNAMA