Categories
AGENSI SELANGOR

Tayangan The Dark Crystal di Dataran Boulevard Sabtu ini

SHAH ALAM, 6 FEB: Rumah Seni Selangor (RUsSEL) menjemput orang ramai ke Santai Sinema menyaksikan filem The Dark Crystal di Dataran Boulevard, Petaling Jaya Sabtu ini.

Penolong Pengurus RUsSEL, Alina Abdullah berkata filem dihasilkan sekitar 1982 genre fantasi arahan Jim Henson dan Frank Oz ditayang bermula jam 8 malam.

Katanya, menarik berkenaan filem itu ia mengisahkan mengenai sejenis makhluk sedang mengembara dan mampu menjatuhkan pemerintahan kejam dengan mengembalikan kuasa kristal yang sungguh kuat.

“Semua orang dijemput hadir bagi menyaksikan filem ini secara percuma. Santai Sinema dianjurkan setiap bulan pada Sabtu minggu pertama dengan pelbagai tayangan filem.

“Program yang memasuki kali ketujuh diadakan bagi menyahut seruan Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang menyasarkan hala tuju mampan kota seni,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.