Categories
PBT SELANGOR

Wanita naik angin belasah penguat kuasa MBSA

SHAH ALAM, 7 FEB: Seorang wanita meludah, menjerit dan memukul anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas keretanya ditunda di Bandar Baru Sungai Buloh semalam.

Harian Metro melaporkan, semasa kejadian pada pukul 12 tengah hari, wanita itu turut membaling kon dan melepaskan geramnya ke arah pemandu trak tunda.

Kereta wanita itu ditunda kerana diletak di tempat yang tidak sesuai.

Perbuatan wanita itu tular di laman sosial dan rata-rata netizen mencemuh tindakannya yang menghalang tugas anggota penguat kuasa.

Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad mengesahkan kejadian itu.

“Perkara ini tidak mematahkan semangat warga MBSA sebaliknya menganggap ia sebahagian daripada cabaran semasa melaksanakan tugas,” katanya.