Categories
AGENDA NASIONAL

5 suspek sebar berita palsu dipanggil beri keterangan

SHAH ALAM, 24 MAC: Polis sudah mengambil keterangan lima suspek dipercayai menyebarkan berita palsu Covid-19 di beberapa lokasi sekitar Perak dan Pulau Pinang.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), suspek disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“MCMC dan polis berganding bahu melalui Jawatankuasa Jenayah Siber untuk menangani penyebaran berita palsu terutamanya yang boleh mengelirukan serta menimbulkan suasana ketidaktenteraman rakyat Malaysia.

“Sehingga semalam, MCMC telan menerima 43 kes. 18 telah dikenal pasti dan enam darinya termasuk seorang selebriti sudah didakwa di mahkamah.

“MCMC memandang serius sikap tidak bertanggungjawab individu atau kumpulan yang menyebarkan berita palsu ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19,” katanya semalam.