Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Bantuan khas RM500 kepada peniaga, percuma sewa sebulan

SHAH ALAM: Seramai 80,000 peniaga dan penjaja berlesen negeri ini yang terkesan dengan wabak Covid-19 akan menerima bantuan khas RM500, kata Dato’ Menteri Besar Selangor.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peniaga dan penjaja juga dikecualikan daripada membayar sewa sebulan dalam tempoh itu.

“Mereka boleh membuat permohonan bantuan khas sepanjang April ini dan pemberian disalurkan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.

“Inisiatif membabitkan dana RM52 juta adalah bagi melancarkan aliran tunai peniaga-peniaga yang terjejas,” kata beliau pada sidang media pengumuman Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 di sini hari ini.

Amirudin turut mengumumkan penangguhan bayaran pinjaman selama tiga bulan kepada 40,000 usahawan Hijrah Selangor membabitkan dana RM70 juta.