Categories
AGENDA NASIONAL

Bayar saman trafik dalam talian, diskaun sehingga 50 peratus

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Orang ramai boleh menikmati diskaun saman trafik sehingga 50 peratus apabila polis melancarkan kempen pembayaran saman secara dalam talian (e-Payment) selama lima hari bermula Rabu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata kempen itu dilaksanakan sempena Hari Polis ke- 213 dan diskaun diberikan untuk saman-saman tertentu sahaja.

“Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman secara e-Payment berikutan penutupan kaunter bayaran saman di ibu pejabat polis seluruh negara sejak 18 Mac lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ini juga merupakan langkah JSPT bagi mengalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

“Ini juga sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat,” katanya.

Pembayaran saman boleh dilakukan menerusi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

– BERNAMA