Categories
AGENDA NASIONAL

China sumbang 100,000 penutup mulut tiga lapis

PUTRAJAYA, 20 MAC: Sebanyak 100,000 keping penutup mulut dan hidung tiga lapis sumbangan China tiba di negara ini hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sumbangan dibuat melalui Kementerian Luar Negeri dan urusan logistik barang tersebut dilakukan syarikat farmaseutikal terbesar Pharmaniaga.

“Agihan bekalan akan dibuat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Penghantaran akan dibuat Pharmaniaga dan perkhidmatan syarikat itu adalah di bawah tanggungjawab korporat sosial. Alhamdulilah,” kata Noor Hisham di akaun Facebook malam tadi.

Semalam, Kedutaan China di Kuala Lumpur turut menyumbang peralatan perubatan dan menghantarnya ke Hospital Sungai Buloh.