Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19: 18 kes baharu, dua ICU, jumlah keseluruhan 117

SHAH ALAM 9 MAC: Sebanyak 18 kes baharu Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 117 kes termasuk dua orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hanya enam kes dilaporkan Patient Under Investigatioan (PUI) dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Manakala kes lain pula melibatkan kluster terdiri daripada kontak rapat dan mempunyai perkaitan antara sama lain.

“KKM berkolaborasi dengan swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel Covid-19 di rumah.

“Orang awam yang tidak mempunyai gejala boleh menjalani ujian Covid-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, orang awam diingatkan tidak menyebarkan berita atau maklumat tidak sahih berkaitan kejadian Covid-19.