Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19: 2,912 kematian di China, 202 kes jangkitan baharu

SHAH ALAM, 2 MAC: Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 2,912 di China pada Ahad, menurut kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Laporan itu mengesahkan pertambahan itu dengan kes terbaharu 42 orang meninggal dunia selain 202 jangkitan di negara berkenaan, lapor Reuters.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan kini 80,026.

Pada laporan sama, 32 kematian dicatat di Wuhan.