Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Covid-19: Aktiviti tabligh di masjid, surau Selangor tangguh sementara

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SHAH ALAM, 13 MAC: Semua aktiviti tabligh di masjid dan surau di negeri ini ditangguhkan sementara susulan peningkatan kes Covid-19, kata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Mohd Shahzihan Ahmad berkata tindakan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai usaha dan ikhtiar bagi mengawal serta mengurangkan risiko jangkitan wabak terbabit.

“Beberapa langkah lain juga perlu diambil antaranya kerap mencuci tangan dengan sabun atau bahan pencuci tangan dan menjarakkan diri dengan inidvidu yang demam atau batuk.

“Premis kediaman juga perlu sentiasa bersih dan bebas kuman, manakala individu yang mempunyai gejala demam dan batuk perlu menggunakan topeng muka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Shahzihan berkata program seperti kuliah, ceramah dan majlis pernikahan masih boleh diteruskan dengan mengambil langkah pencegahan dan kawalan.