Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Buat pertama kali China tiada kes domestik baharu

BEIJING, 19 MAC: China hari ini buat kali pertama mengesahkan tidak ada kes domestik baharu selepas wabak Covid-19 menular di negara itu pada Januari lalu.

Bagaimanapun, kes import bagi Covid-19 dilaporkan terus meningkat, lapor BH Online.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, terdapat 34 kes membabitkan individu dari luar negara, ia adalah peningkatan terbesar dilaporkan di China sejak dua minggu lalu.

Masuk hari keenam berturut-turut kes import membabitkan wabak Covid-19 di China mengatasi kes domestik yang semakin berkurangan di negara itu.