Categories
AGENDA BERITA UTAMA GLOBAL

Covid-19: China catat 125 kes baharu, 2,943 kematian

SHAH ALAM, 3 MAC: China merekodkan 125 kes jangkitan Covid-19 sehingga semalam, turun berbanding 202 kes yang direkodkan kelmarin, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Penurunan mendadak jangkitan didorong oleh kemerosotan kes di Wuhan, bandar yang paling teruk terjejas ekoran wabak berkenaan, lapor The Straits Times.

Negara tembok besar itu setakat ini mencatatkan 80,151 kes dengan 2,943 kematian lewat Isnin.

Wilayah Hubei melaporkan 31 kematian baharu, manakala ibu kotanya Wuhan mencatatkan 24 kematian.

Sementara itu, Korea Selatan melaporkan 600 kes dan tiga kematian susulan wabak berkenaan dengan 4,812 kes jangkitan, kata Pusat Pusat Penyakit dan Kawalan dan Pencegahan Korea hari ini.