Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: Gaji PM, menteri, timbalan dipotong dua bulan

SHAH ALAM, 26 MAC: Mesyuarat kabinet hari ini memutuskan supaya gaji perdana menteri, menteri dan timbalannya dipotong selama dua bulan serta disalurkan kepada Tabung Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata langkah itu bagi membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak berkenaan.

“Tabung Covid-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

“Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8.49 juta,” katanya.