Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: Jangan sembunyi maklumat, jujur dengan petugas KKM

SHAH ALAM, 25 MAC: Jangan sembunyikan maklumat berkaitan wabak Covid-19 daripada petugas kesihatan, demikian nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) malam tadi.

Katanya orang awam perlu jujur membantu petugas KKM dengan memberikan maklumat benar termasuk sejarah perjalanan, kontak terdekat dan tanda serta gejala wabak berkenaan.

“Di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, individu yang memberi maklumat palsu boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

“Anda boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda kedua-duanya. Bantulah kami untuk membantu anda,” kata kenyataan itu menerusi Twitter.