Categories
AGENDA BERITA UTAMA GLOBAL

Covid-19: Lebih 3,000 nyawa terkorban

SHAH ALAM, 5 MAC: Jumlah kematian akibat Covid-19 di China mencecah 3,012 orang setakat Rabu dengan 139 kes baharu disahkan, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Angka terbaharu menjadikan jumlah kes terkumpul di republik itu sebanyak 80,409 setakat ini, lapor The Straits Times.

Sementara itu, Korea Selatan mengesahkan 438 kes Covid-19 hari ini dengan jumlah jangkitan 5,766.

Negara itu turut melaporkan tiga lagi kematian, menjadikan angka korban setakat ini 35 orang.

Dalam pada itu, Itali menutup sekolah dan universiti sehingga 15 Mac dalam usaha mengekang penularan wabak berkenaan.

Ia selepas kes Covid-19 di negara itu melepasi 3,000 kes dengan 107 kematian dilaporkan.