Categories
PBT SELANGOR

Empat kedai makan ada lipas, kotor diarah tutup

SHAH ALAM, 11 MAC: Empat premis makanan di sekitar Jalan Meru Klang di sini diarah tutup dua minggu kerana kotor dan ada lipas, kata Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Norfiza Mahfiz berkata pemeriksaan dibuat selepas MPK terima aduan orang awam pada bulan lalu.

“Pemeriksaan di premis ini mendapati pemilik mengabai aspek kebersihan, penyimpanan dan penyediaan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan pengunjung.

“Premis ini diarah henti operasi bermula hari ini mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MPK) 2007,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa sama katanya, MPK juga akan lebih kerap melakukan pemeriksaan di semua premis di daerah ini sebagai langkah mencegah penularan Covid-19.