Categories
AGENDA NASIONAL

Ingkar PKP: 110 individu ditahan – KPN

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Seramai 110 individu ditahan di seluruh negara kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak ia dikuatkuasakan 18 Mac lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata antara kesalahan dilakukan individu terbabit itu adalah, menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

“Dalam tempoh itu juga, polis menahan 238,000 kenderaan dalam sekatan jalan di seluruh negara, kerana melanggar PKP.

“Mengenai perbuatan tidak bertanggungjawab seperti penipuan pembelian barangan, antaranya penutup mulut dan hidung palsu, pihaknya membuka 370 kertas siasatan dan menahan 25 individu dan daripada jumlah itu, seramai 11 individu dituduh di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual khas pada program ‘Selamat Pagi Malaysia’ di Radio Televisyen Malaysia, di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata penipuan pembelian barangan berkenaan, melibatkan kerugian hampir RM3 juta dan kes berkenaan, dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

-BERNAMA