Categories
AGENDA NASIONAL

Larangan eksport topeng muka, elak bekalan kurang – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Kerajaan telah melarang eksport semua topeng hidung dan mulut yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan bagi memastikan bekalannya mencukupi untuk rakyat Malaysia sepanjang tempoh pandemik Covid-19, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Setakat ini bekalan topeng hidung dan mulut belum lagi sampai ke tahap yang memuaskan dan kita telah mengambil keputusan untuk mengimportnya dari China,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi di Putrajaya hari ini.

Menurut Muhyiddin, syarikat-syarikat tempatan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan topeng hidung dan mulut yang secukupnya berikutan kekurangan bahan mentah.

– BERNAMA