Categories
AGENSI SELANGOR

LZS tutup operasi cawangan, bantuan diteruskan seperti biasa

SHAH ALAM, 21 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menutup operasi kesemua 27 cawangannya sehingga 31 Mac ini, kata ketua pegawai eksekutif.

Saipolyazan M Yusop memaklumkan langkah itu dibuat susulan perkembangan terkini wabak Covid-19.

“Bagaimanapun penutupan ini tidak akan menjejaskan agihan bantuan bulanan untuk asnaf sedia ada dan mereka akan tetap menerima bantuan seperti biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang ingin membuat semakan bantuan dan cetakan penyata bayaran zakat boleh melayari laman sesawang ezo.zakatselangor.com.my.

Manakala pembayaran zakat boleh dilakukan melalui transaksi atas talian dengan melayari pautan fpx.zakatselangor.com.my atau menerusi perbankan internet.

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi talian LZS 1-300-88-4343.