Categories
AGENDA NASIONAL

MAS: Tempah tiket, peluang dapat hadiah

KUALA LUMPUR, 4 MAC: Malaysia Airlines (MAS) akan memberi ganjaran kepada penumpang yang bertuah iaitu dua tiket Kelas Ekonomi atau Kelas Perniagaan apabila mereka menempah perjalanan mereka dengan syarikat penerbangan itu mulai sekarang hingga 30 April 2020.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Malaysia Airlines Group, Lau Yin May berkata kempen itu menyasarkan untuk memberikan ganjaran kepada penumpang yang telah menyokong syarikat penerbangan nasional itu dalam beberapa dekad.

“Kami gembira untuk memberi ganjaran kepada setiap penumpang ke-20,000, ke-40,000, ke-80,000 dan seterusnya dengan dua tiket Kelas Ekonomi ke mana-mana destinasi dalam rangkaian Malaysia Airlines dan setiap penumpang ke-60,000, ke-120,000, ke-180,000 dan seterusnya dengan dua tiket Kelas Perniagaan ke destinasi pilihan mereka,” kata Lau dalam kenyataan.

– BERNAMA