Categories
AGENDA NASIONAL

Masjid Seri Petaling ditutup kepada orang ramai

SHAH ALAM, 14 MAC: Masjid Seri Petaling di Kuala Lumpur ditutup kepada orang ramai manakala pelajar dan jemaah tabligh sedia ada di dalam masjid berkenaan diletakkan di bawah perintah pengawasan, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya berkata proses disinfeksi telah dilaksanakan di masjid berkenaan sementara saringan awal serta pengesanan kontak masih dilakukan di sekitar kawasan masjid.

Pada 12 Mac, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan proses disinfeksi dibuat di Masjid Seri Petaling ekoran seorang peserta perhimpunan tabligh pada 28 Februari sehingga 1 Mac lalu disahkan positif Covid-19.

Dr Adham Baba turut menggesa mereka yang menyertai perhimpunan berkenaan supaya tampil menjalankan ujian saringan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.