Categories
AGENDA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

MB sedia platform maklum usaha gempur Covid-19

SHAH ALAM, 18 MAC: Selangor menyediakan platform maklumat dalam talian bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkembangan terkini usaha Kerajaan Negeri mengawal penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata informasi boleh didapati dengan melayari https://amirudinshari.com/covid-19.

“Platform ini memudahkan rakyat Selangor mendapatkan maklumat terkini mengenai usaha #SelangorGempurCovid19 serta pengumuman dari Kerajaan Negeri,” tulisnya melalui hantaran di Twitter, pagi ini.

Pada 10 Mac lalu, Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor diketuai bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk memantau dan mencegah penularan wabak Covid-19.

Majlis itu turut dianggotai Datuk Dr Christopher Lee Kwok Choong, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Datuk Dr Fadzilah Kamaludin, Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman dan Dr Yap Wei Aun.