Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor lanjut tempoh bayar cukai, sewaan Skim Smart Sewa

SHAH ALAM, 20 MAC: Kerajaan Negeri membenarkan pemilik hartanah dan unit strata melewatkan pembayaran cukai tanah dan petak masing-masing dengan tempoh lanjutan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu diputuskan pihaknya yang menetapkan bayaran dari 31 Mei hingga 30 Jun depan.

“Tindakan ini tidak membabitkan bebanan kos kepada Kerajaan Negeri,” katanya pada sidang media Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 di sini hari ini.

Amirudin turut mengumumkan kelulusan menangguh pembayaran tiga bulan kepada 2,700 penyewa Skim Smart Sewa.

“Kelulusan ini membabitkan RM600,000. Ini bagi meringankan beban penyewa,” katanya.