Categories
AGENDA NASIONAL

Seorang di ICU, 14 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19

SHAH ALAM, 20 MAC: Seramai 12 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga sektor swasta dijangkiti Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

“Salah seorang daripada 12 kakitangan KKM tersebut kini berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook hari ini

“Virus ini tidak mengenal sempadan tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan mendan perang ini.”

Beliau menyeru orang ramai membantu kementerian dengan kekal di rumah seperti arahan kerajaan melalui Perintah Kawalan Pergerakan, yang berkuat kuasa antara 18 hingga 31 Mac.