Categories
AGENDA NASIONAL

Tayamum atas beg jenazah jika ada kematian Covid-19

SHAH ALAM: Jenazah mangsa Covid-19 hanya ditayamum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit ebola, kata Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menteri hal ehwal agama berkata kaedah itu dibuat pada permukaan beg berdasarkan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Februari 2015.

“Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 7 April 2015 memutuskan untuk mengguna pakai keputusan itu.