Categories
BERITA UTAMA

Tiga lagi maut, lebih 200 kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 23 MAC: Peningkatan 212 pesakit baharu positif Covid-19 hari ini adalah jumlah tertinggi direkodkan berbanding sebelum ini, kata pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penambahan itu menjadikan angka pesakit Covid-19 meningkat kepada 1,518 kes dengan 14 kematian.

Beliau berkata siasatan mendapati, 123 pesakit baharu berkenaan mempunyai kaitan dengan kluster tabligh yang berhimpun di Masjid Jamek Sri Petaling di Kuala Lumpur hujung bulan lalu.

“Seramai 57 orang dirawat di unit rawatan rapi dengan 27 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini, 20 pesakit pulih dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah keseluruhan mangsa pulih 159 orang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.