SHAH ALAM, 13 APRIL: Kerajaan Negeri belum memutuskan lagi sama ada kedai gunting rambut akan dibenar beroperasi atau tidak di negeri ini ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga, kata EXCO kerajaan tempatan.
Ng Sze Han berkata keputusan itu akan dibuat selepas perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), lapor BH Onlie
“Kerajaan Negeri akan berbincang dengan MKN untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini. Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berpendapat tiada keperluan untuk kedai gunting rambut beroperasi ketika tempoh PKP.
“Saya sendiri tidak nampak ada keperluan mendesak untuk membenarkan kedai gunting rambut dibuka,” jelasnya.
Pada 10 April lalu, kerajaan membenarkan operasi perkhidmatan kedai gunting rambut dibuka dalam tempoh PKP fasa tiga sehingga 28 April ini.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata beliau turut berharap pelaksanaan itu dapat ditangguhkan sementara seperti PKP fasa satu dan dua bagi memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.