Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB rakam penghargaan kepada petugas kesihatan

SHAH ALAM, 7 APRIL: Dato’ Menteri Besar merakamkan jutaan terima kasih kepada petugas kesihatan yang gigih membantu rakyat.

Sempena Hari Kesihatan Sedunia, Dato’ Seri Amirudin Shari berharap semoga pengorbanan mereka dirahmati tuhan.

“Sekalung penghargaan kepada para petugas kesihatan yang telah bergadai nyawa untuk kesejahteraan kita semua.

“Terima kasih kepada semua petugas kesihatan Malaysia. Moga usaha kalian diberkati-Nya,” tulisnya di Twitter.

Hari Kesihatan Sedunia disambut setiap tahun pada 7 April bermula 1950 di seluruh dunia bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat mengenai isu kesihatan global semasa.