Categories
AGENDA NASIONAL

19,372 disaring sejak 10 Jun, 74 positif Covid-19

SHAH ALAM, 17 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyaring 19,372 individu di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) sejak 10 Jun hingga semalam.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata daripada jumlah itu didapati 19,298 orang negatif Covid-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin di kediaman masing-masing.

“Manakala 74 lagi positif dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 594 rakyat Malaysia pulang ke tanah air dari Singapura, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Kemboja dan Jepun semalam.

“Seramai 593 individu telah diperintah jalani proses kuarantin wajib di rumah manakala seorang dibawa ke hospital,” katanya.