Categories
AGENSI SELANGOR

Covid-19: Selangor catat satu kes baharu penularan tempatan

SHAH ALAM, 15 JULAI: Selangor mencatatkan satu kes baharu Covid-19 hari ini membabitkan penularan tempatan saringan prapembedahan di Hospital Sungai Buloh.

Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) berkata jumlah itu sama seperti semalam tanpa membabitkan jangkitan dari luar negara daripada keseluruhan lima kes di Malaysia.

“STFC menyeru supaya warga Selangor sentiasa berdisiplin mengamalkan norma baharu dan mari sama-sama melindungi Selangor,” katanya menerusi Twitter.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kes kumulatif di Selangor adalah 2,094 daripada keseluruhan 8,734 di seluruh negara.

Selain Selangor, Sarawak turut mencatatkan tiga kes baharu membabitkan seorang bukan warganegara yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak manakala bakinya adalah saringan kontak rapat kepada kes positif ke-8,732 dan saringan petugas kesihatan di sebuah pusat perubatan.

Hanya satu kes jangkitan di luar negara direkodkan sehingga 12 tengah hari tadi melibatkan bukan warganegara yang masuk ke Malaysia atas urusan kerja.