Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: Tiga kes baharu, tiada penularan tempatan

SHAH ALAM, 8 JULAI: Tiga kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 70, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ketiga-tiga kes berkenaan membabitkan warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan dari negara Sudan, Mexico dan Arab Saudi.

“Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya.

Beliau berkata lima pesakit sembuh menjadikan jumlah yang pulih 8,486 kes sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Tambah beliau, dua kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan manakala jumlah kematian kekal 121 orang.