Categories
AGENDA NASIONAL

Ismail Sabri: 78 individu ditahan ingkar PKP

SHAH ALAM, 19 JULAI: 78 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu seorang direman dan 35 individu dijamin manakala 42 lagi dikompaun.

“Antara kesalahan ingkar PKP ialah melibatkan kehadiran orang ramai sehingga menyukarkan penjarakan sosial dan aktiviti yang melanggar tatacara operasi piawai (SOP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata setakat semalam polis membuat 64,303 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP Pemulihan.

“Sebanyak 2,774 pasukan pematuhan yang melibatkan 12,360 anggota membuat pemantauan di 3,919 pasar raya, 5,541 restoran serta 1,658 penjaja, 1,178 kilang, 3,790 bank dan 636 pejabat kerajaan.

“Turut dipantau 1,497 terminal pengangkutan darat, 360 terminal pengangkutan air serta 130 terminal pengangkutan udara,” katanya.