Categories
AGENDA

Kluster rumah kongsi Sepang kesan dua kes Covid-19

SHAH ALAM, 19 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan tapak pembinaan di Sepang.

Ketua pengarah kesihatan berkata dua individu didapati positif hasil saringan sehingga jam 12 tengah hari tadi membabitkan 96 warganegara serta warga asing.

“Kluster rumah kongsi Sepang ini melibatkan dua bukan warganegara, iaitu satu warga Indonesia merupakan kes indeks (kes ke-8,739) dan satu warga Bangladesh yang merupakan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini.

“Setakat ini punca jangkitan masih disiasat,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Mengikut pecahan pekerja warga asing, terdapat 63 orang dari Indonesia, 22 Bangladesh dan dua Myanmar, sementara sembilan yang lain warganegara Malaysia.