Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Konvensyen Penerangan KEADILAN penting untuk perjuangan reformasi

SHAH ALAM, 25 JULAI: Dato’ Seri Amirudin Shari menyifatkan Konvensyen Penerangan KEADILAN yang dijadual esok penting untuk memberi penjelasan menyeluruh kepada rakyat dan anggotanya berkaitan perjuangan reformasi parti itu.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor percaya program berkenaan penjelasan jitu mengenai landasan perjuangan membantu parti berkenaan memperoleh sokongan besar dalam pilihan raya akan datang

“Mana-mana parti dan kumpulan yang berjaya menggerakkan jentera, agensi serta kumpulan penerangannya dan dapat menjelaskan dengan jitu kepada rakyat (mengenai) hasrat dan naluri perjuangan, kena dapat mencapai kemenangan (dalam pilihan raya),” katanya meneuris rakaman di Twitter hari ini.

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar juga menyeru peserta konvensyen untuk bersama-sama menyemarakkan semangat dan mengukughkan jiwa reformasi sepanjang sesi penjelasan berlangsung.