Categories
SELANGOR

Laluan dua hala Gombak Lama-Bentong dibuka semula

SHAH ALAM, 18 JULAI: Kerja pembersihan runtuhan tanah di Jalan Gombak Lama – Bentong selesai sepenuhnya dan laluan kedua-dua hala dibuka semula jam 4.30 petang semalam.

Ketua unit pengurusan bencana negeri (UPBN) berkata jalan berkenaan ditutup awal pagi semalam selepas bahagian atas bukit runtuh akibat hujan kelmarin.

“Itu kawasan bukit. Apabila hujan, tebing-tebing di tepi jalan memang ada pokok tumbang atau gelinciran. Hujan lebat itu menyebabkan tanah jadi lembap dan berlaku hakisan,” kata Ahmad Fairuz Mohd Yusof ketika dihubungi.

Ahmad Fairuz berkata jalan berkenaan dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya dan semua unit teknikal melakukan penilaian di kawasan runtuhan sebelum jentera dibenarkan masuk untuk memulakan kerja pembersihan.

Katanya, bahagian lereng bukit yang runtuh akan ditutup dengan kanvas dan tiada mangsa terkesan sepanjang kejadian berkenaan.