Categories
AGENSI SELANGOR

Paip pecah: Klang, Kuala Langat dijangka alami gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 20 JULAI: Beberapa kawasan di Klang dan Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip pecah di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang petang tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kejadian jam 4 petang tadi susulan tanah mendap di tapak kerja Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) GS10.

“Bantuan air melalui lori tangki ke kawasan terlibat digerakkan bagi membantu pengguna yang terjejas,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Kawasan terlibat seperti berikut:

Wilayah Klang
-Bandar Bistari, Batu 5&6 Sijangkang
-Jalan Johan Setia

Wilayah Kuala Langat
-Seluruh kawasan Sijangkang & Kampung Medan
-Jalan Sijangkang Utama
-Eco Sanctuary
-Batu 9 Kebun Baru
-Taman Perwira
-Taman Seri Medan
-Taman Sijangkang Jaya
-Tropicana Aman