Categories
AGENSI SELANGOR

Pelantikan EXCO selepas Aidiladha, tunggu perkenan istana

SHAH ALAM, 29 JULAI: Majlis angkat sumpah pelantikan EXCO baharu akan dilakukan di Istana Alam Shah, Klang selepas mendapat maklum balas daripada pihak istana.

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri sudah mengemukakan nama calon dan istiadat itu mungkin dilangsungkan selepas Aidiladha kerana perlu mematuhi beberapa protokol.

“Kita tunggu pengumuman daripada istana kerana pihak berkaitan akan menyediakan dan menyelenggara majlis angkat sumpah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sidang media di Bilik Gerakan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun bebanan kerja sedikit bertambah berikutan ketiadaan beberapa EXCO tetapi pentadbiran Kerajaan Negeri masih berjalan lancar.