Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Sifar kes Covid-19, penduduk Selangor digesa patuh PKPP

SHAH ALAM, 2 JULAI: Tiada kes baharu Covid-19 dicatatkan di Selangor hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kekal 2,048 kes.

Menerusi Twitter, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluahkan rasa gembira berhubung perkembangan itu dengan mencatat #SelangorBebasCovid-19.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan angka sifar itu antara yang terbaik pernah dicatatkan di negeri ini.

“Tahniah warga Selangor, mari kekalkan prestasi ini dengan patuh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan),” tulis pasukan itu.

Dalam perkembangan sama, Kementerian Kesihatan (KKM) turut melaporkan terdapat tiga kes baharu di Malaysia hari ini melibatkan satu kes import dan dua bukan warganegara.