Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Tiada kes baharu Covid-19 di Selangor, keseluruhan kekal 2,112

SHAH ALAM, 23 JULAI: Selangor mencatatkan sifar kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan Covid-19 kekal 2,112 kes.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan ketika ini terdapat 14 kes aktif dan ditempatkan di hospital bagi menerima rawatan.

“Tiga daerah iaitu Hulu Langat, Sepang dan Gombak masih dikategorikan zon kuning. Terus memakai pelitup muka sebagai langkah penyebaran virus Covid-10 dan jadikan norma baharu sebagai rutin harian,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Kali terakhir Selangor tidak merekod sebarang kes pada 16 Julai lalu.

Petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sembilan kes baharu pandemik itu dilaporkan dengan enam penularan tempatan dikesan di Sarawak, Sabah dan Kelantan.