Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Tubuh GLC urus pembangunan usahawan pada 2023

SHAH ALAM, 24 JULAI: Satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengurus sektor keusahawanan negeri ditubuhkan selewat-lewatnya pada 2023.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata pihaknya sedang meneliti keseluruhan aspek termasuk pembabitan agensi.

“Sekarang kita ada SITEC (Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Yang ini (GLC baharu) akan lebih terurus khusus untuk pembangunan usahawan,” katanya selepas melancarkan Klinik Usahawan Selangor di sini semalam.

Rodziah berkata GLC berkenaan mengumpulkan semua agensi bawah satu bumbung untuk memudahkan urusan pentadbiran.

“Melaluinya, kerjasama dari semua pihak membolehkan masalah rakyat diatasi dengan mudah,” katanya.