Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

315 ditahan ingkar PKPP, 127 tidak pakai pelitup muka

SHAH ALAM, 2 OGOS: Polis menahan 315 individu terbabit pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, tiga direman manakala baki dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan dilakukan termasuk aktiviti tidak mengikut tatacara operasi piawai (SOP) melibatkan 38 orang, kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (150) dan tidak memakai pelitup muka (127),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata polis membuat 63,473 pemeriksaan bagi memantau pematuhan SOP PKPP semalam dengan kekuatan 3,226 pasukan pematuhan membabitkan 14,327 anggota.

“Pemantauan melibatkan 3,821 pasar raya, restoran (5,545), penjaja (1,954), kilang (1.326), bank (3,602) dan pejabat kerajaan (820).

“Pasukan petugas turut memantau sebanyak 1,132 terminal pengangkutan darat, 138 terminal pengangkutan air serta 40 terminal pengangkutan udara,” katanya.