Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Anwar: Pertahan Selangor, mulakan kerja pilihan raya

SHAH ALAM, 8 OGOS: Pentadbiran Kerajaan Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu dipertahankan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden KEADILAN meminta semua pemimpin dan ahli menjalankan tanggungjawab dan bekerja keras menjelang pilihan raya umum berikutan negeri itu penting untuk pengukuhan parti.

“Memang Selangor hebat, saya setuju. Selangor nombor satu keanggotaan. Jadi masih ada banyak potensi. Pertama sebab kita menang banyak Parlimen dan kedua, jumlah penduduk ramai.

“Saya percaya dengan pengalaman lalu, pasang surut…masih ada kekuatan. Jangan permainkan, kena jaga,” katanya dalam Majlis Jelajah Presiden ke Selangor di sini malam tadi.

Ketua pembangkang berkata KEADILAN bakal melalui masa depan lebih mencabar tetapi semua ahli perlu meletakkan keyakinan kepada parti.

“Yang penting kerja kita, keanggotaan kita, jentera kita. Moga kita terus berjuang bagi dokongan kepada cabang, negeri dan pusat,” kata Anwar lagi.