Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Covid-19: Tiada penularan tempatan, tiga kes import di Selangor

SHAH ALAM, 13 OGOS: Selangor merekodkan tiga kes import Covid-19 serta sifar jangkitan tempatan hari ini, menurut Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

“Hari ini tiga kes baharu dilaporkan yang diklasifikasikan sebagai kes import melibatkan rakyat Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Selangor kekal 2,142.

“Sejak kebelakangan ini, Selangor mencatatkan jangkitan tempatan yang amat minimum. Teruskan prestasi ini dengan disiplin, mengamalkan norma baharu serta gunakan SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) sebagai perlindungan anda,” katanya di Facebook.

Malaysia merekodkan sebanyak 15 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 11 kes membabitkan penularan tempatan,

Sebanyak sembilan daripada kes penularan tempatan dikesan dari kluster baharu di Kedah.