Categories
AGENDA GLOBAL

Kes Covid-19 di Indonesia kini 130,718, korban 5,903

JAKARTA, 12 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 130,000 selain 86,619 orang masih dalam pemantauan virus itu.

Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 1,942 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kes positif virus itu kini 130,718 kes.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini juga sebanyak 79 lagi kematian akibat pandemik itu dilaporkan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini seramai 5,903 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 27,153 kes, diikuti Jawa Timur (26,220) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,931 orang, diikuti Jakarta (959), Jawa Tengah (751), Sulawesi Selatan (338) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-BERNAMA