Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Amalkan 10,000 langkah sehari, kekal sihat

SHAH ALAM, 2 OGOS: Masyarakat digalak mengamalkan 10,000 langkah sehari agar kekal aktif dan sihat sepanjang hari, kata Dato’ Menteri Besar.

“Semua golongan digalak menjadikan budaya aktif dalam kehidupan sebagai rutin.

“Antara inisiatif yang boleh diambil adalah berjalan 10,000 langkah sehari, penggunaan tangga secara kerap dan senaman ringan yang lain,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Amirudin turut mengingatkan orang ramai kurangkan pengambilan gula, garam, makanan berlemak dan berminyak dalam diet harian bagi mengelak  jangkitan penyakit.

Pada 2009, Kementerian Kesihatan melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah untuk menggalakkan rakyat khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal menjadi lebih cergas.