Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PBT SELANGOR

MBSA tidak usir peniaga, penjaja tepati syarat lesen

SHAH ALAM, 15 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak pernah mengusir penjaja atau peniaga yang menepati syarat pelesenan perniagaan.

Dalam kenyataannya, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan tidak juga meroboh gerai di Bandar Baru Sungai Buloh sebaliknya hanya membuang struktur binaan tambahan dibuat tanpa kebenaran.

“Dalam operasi baru-baru ini, selain menyita satu gerai, tiga kabin, lima sengkuap depan dan 16 sengkuap belakang, tindakan sama diambil MBSA terhadap tujuh premis judi serta merobohkan dinding penyekat dan menyita barangan di dalamnya,” katanya dalam soal sesi soal jawab bersama MBSA.

Program penyusunan dan penyemakan semula penjaja dan peniaga di Bandar Baru Sungai Buloh terutama di Seksyen U20 dijalankan melalui operasi bersepadu dengan kerjasama polis, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Tenaga Nasional Berhad, Air Selangor serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.