Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Pemergian Abd Jalil Ali, kehilangan besar dunia wartawan negara – MB

SHAH ALAM, 8 OGOS: Dato’ Menteri Besar menzahirkan dukacita atas pemergian Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali yang meninggal dunia pagi tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari menyifatkan pemergian Abd Jalil sebagai kehilangan besar kepada dunia kewartawanan tanah air.

“Saya pernah bertemu Allahyarham ketika Program Bicara Minda di Kompleks Karangkraf. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga penuh nikmat,” tulisnya menerusi Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan berita kematian Abd Jalil disahkan Pengerusi Lembaga Pengarah Sinar Harian Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Difahamkan, jenazah kini masih di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.