Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Bekalan air 59 kawasan pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 17 OKT: Gangguan bekalan air di 59 kawasan membabitkan wilayah Kuala Langat, Klang dan Shah Alam pulih sepenuhnya jam 3 petang tadi.

Susulan itu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menghargai kesabaran serta kerjasama pengguna terjeja sepanjang masalah berlaku.

“Dapatkan maklumat sahih di saluran komunikasi seperti aplikasi, laman sesawang dan media sosial Air Selangor,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, pengguna 59 kawasan membabitkan tiga wilayah terbabit mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan paip pecah di Seksyen U11 di sini.

Insiden berpunca daripada tambakan tanah di atas paip oleh pihak ketiga menyebabkan tekanan berlebihan di kawasan pembinaan Worldwide di situ.