Categories
SELANGOR

Covid-19: Selangor catat 55 kes baharu, jumlah keseluruhan 4,700

SHAH ALAM, 31 OKT: Kes baharu Covid-19 di Selangor kembali ke dua digit hari ini apabila mencatat 55 kes menjadikan jumlah keseluruhan 4,700.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu, 54 kes membabitkan penularan tempatan manakala bakinya kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebanyak 18 kes positif dikesan daripada kluster sedia ada dan 22 kes saringan kontak rapat kes positif manakala 15 kes lagi kes dikenal pasti melalui lain-lain saringan Covid-19,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Sebanyak 1,000 pesakit Covid-19 dilaporkan pulih sepenuhnya, tertinggi pernah dicatatkan sejak permulaan pandemik melanda negara, menjadikan jumlah keseluruhan pulih sebanyak 21, 248 semuanya.