SHAH ALAM, 6 NOV: Lebih 1.5 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun bakal menerima bantuan sekali bayar (one-off) berjumlah RM50 melalui Program e-Belia.
Menteri kewangan berkata pemberian melalui e-dompet dibuat selepas melihat golongan itu memainkan peranan penting sebagai pelopor dan pengguna teknologi terkini.
“Langkah ini juga sebagai membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai. Bayaran secara one-off akan dikreditkan dengan peruntukan RM75 juta,” kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Belia turut menerima:
- Insentif RM1,000 sebulan selama tiga bulan kepada majikan swasta bagi graduan menjalani latihan industri
- RM19 juta untuk Agenda Nasional Malaysia Sihat bagi amalan gaya hidup sihat
- RM28 juta untuk Program MyFit, Hari Sukan Negara dan Program Inspire bagi komuniti orang kelainan upaya (OKU)
- RM103 juta untuk menai taraf dan menyelenggara kemudahan sukan
- RM55 juta untuk pembangunan hoki, ragbi, badminton, berbasikal, pembangunan atlet wanita dan e-sukan
- RM20 juta untuk pinjaman skim TEKUN Sukan
- Had pelepasan cukai dinaikkan dari RM2,500 ke RM3,000